~~Kelam Kabut~~
Hai... kawan-kawan, saje nak kongsi cerita menarik yang berlaku semalam. Lepas habis kerja ingatkan nak terus balik rumah dan rehatkan badan atas tilam kesayanganku tiba-tiba ada la panggilan urgent dari bos suruh gerak hantar barang ke Pelabuhan kelang. Ok... tak apa la saya pergi la dan lagipun boleh ler saya cari pengalaman kat site juga kan. Penuh kedebaran drive malam tadi sebab takut lambat sampai, dah ler bos nak barang ni sebelum pukul sepuluh. Apa lagi kan bawak ler kerte macam nak terbang tu,,, hahahha. Memang kelam kabut giler. Risau gak takut apa-apa berlaku masa on the way tu. Fuhh,,, syukur selamat sampai ke site dan budak pun dah angkat barang. So, sekarang adalah sesi pembelajaran real di site. Saya tengok macam mane pekerja pasang structure untuk crane dan bos pun banyak tolong terangkan semua structure yang gah pasang tu. Ok, kiranya pergi jauh ni tak sia-sia la dapat gak ilmu pengetahuan dan gambaran sebenar. Korang nak tahu apa saya belajar, ok jom saya tunjukkan.
Ok,,, ni gambar overhead crane double girder. Crane ni biasa diguna untuk angkat load yang besar, maybe dalam 40T. Selain itu, saya diberitahu macam mane nak kira untuk ambil jarang crane ke truss supaya tak ada la crane tu sangkut pada truss. So, senang la saya nak buat drawing kalau tahu macam mane nak ukur jarangnya.
Ni pula Crane single girder yang boleh angkat load kecil cikit.
Ni untuk kerja pemasangan shimming bagi column yang menurun pada kedudukan asalnya.
Ni semi portal crane
Ok setakat ini dulu pelajaran kita,, hehehe. Apa salahkan berkongsi sikit ilmu dengan korang semua nanti boleh la kita sama-sama belajar. =)




Comments