Percutian ke Singapore
Plan percutian ke negara jiran Malaysia sahaja untuk percutian pendek kami. Sebenarnya, ini percutian kali ke-2 saya ke negara jiran ini. Perbelanjaan yang kami habis untuk ke sana tanpa termasuk tiket flight dan hotel adalah RM 600 . Pengembaran selama dua hari di singapura, saja untuk merasa tinggal disana. Segala tempahan tempat tinggal dan tiket kapal terbang telah ditempah awal. Kami plan cuti yang padat untuk masa dua hari sahaja, sebab untuk jimatkan masa kami pilih naik kapal terbang ke Singapore. Semua dah siap apa lagi, masa untuk fly. Jadi seawal pukul 8 pagi kami sudah tiba di Changi airport. Pertama sekali kita kena buat adalah ambik gambar dulu puas-puas dengan airport,, hahaha. Dari airport kena ambil train ke terminal 2, sampai je di terminal 2 terus turun ke bawah untuk dapatkan office smrt untuk beli 'tourist pass', kalau tak nak beli pun tidak mengapa. Kami beli tourist pass untuk dua hari sahaja dan harga untuk tiket ini 16 SGD + deposit 10 S...