Aquaria at KLCC

     Selamat berjumpa lagi kawan-kawan. Weekend lepas saya joit family sedara saya ke aquaria kat KLCC. Selama ni datang KL pun tak pernah terfikir nak tegok aquaria ni. Alaa... biasa la ingatkan tempat

gini setakat nak tegok ikan dalam tv pun ada dan boleh tengok lagi dekat. Kalau datang KL selain gi jalan-jalan cari makan dan gi tempat famous je macam i-City tu. Kali ni gi jalan-jalan bawak budak, so tempat ni sesuai ler. Fist time masuk aquaria ni, nii mesti macam dalam juga la gamaknya tapi bila masuk je waaa... kagumnya. Ni baru je permulaan masuk belu masuk laluan underwater lagi, kat luar saja dah macam-macam jenis ikan dan kehidupan air yang dapat kita tengok. Kita orang berpeluang tengok tikus air dan memerang makan, berebut-rebut nak dapat  makan dan dah dapat  siap bawak lari jauh-jauh kononnya tak mo kongsi ler tu nak makan sorang-sorang, kedekut.. hehe. Tapi comel la kalau korang tengok muka hawai tu makan.

     
Tikus tu buat bodoh je orang dok tengok ia makan dan dengan mulutnya tak berhenti makan,, hahaha.. misainya bergerak2 masa mengunyah. Memerang lak amboiii berlari-lari bila datang orang bagi makan kat dia dan yang paling best tu tengoknya macam kucing je cuma bunyi cii2 je bukan meow... hehehe. Dah masuk kat underwater tu lagi seronok tengok ikan-ikan besar yang berenang kat sekeliling kita. Kalau bawak budak-budak mesti diaorang seronok tengok ikan, penyu dan banyak lagi. Nak pendekkan cerita, memang budak-budak seronok dan ada yang rakam gambar kat situ nak simpan kenangan kan nanti boleh tunjuk kagum kat kawan lak... hehehe
Biasa ler budak-budak. Saya sendiri pun rasa nak rakam je view yang menarik ni, bukan senang nak datang lagi. 

Kebetulan kita orang datang tu kena pada time diorang buat show bagi ikan makan. Ada 2 orang penyelam yang masuk bawak tong makan kat dalam aquarium tu. Wahh... semua ikan tu serbu diaorang nak makanan. Ni just bagi makan kat ikan-ikan biasa dan penyu je, ikan jerung tak ada sebab ikan jerung ada hari lain yang diaorang bagi makan. Jerung hanya makan 2 hari dalam seminggu. Tetapi masa penyelam datang bagi makan ada jerung terbesar kat aquaria ni menyibukkan diri datang gak. Agaknya jerung ni kaki sebuk kot,, hehehe. Penyelam tu tetap ambik langkah berjaga-jaga sebab jerung ni bukan boleh dijangka kan. Seronok tengok show ni, berebut-rebut ikan tu makan dan penyu pun ada. Penyu ni asik tak berhenti-henti nak makan siap tergigit sarung tangan penyelamat lagi,, hehee. Ikan pari la paling tersiksa nak makan sebab mulutnya kat bawah dan nak makan pun payahnya kena rapatkan badan ia kat dinding dulu baru dapat makanan. Kesian dia, =). 
     Korang bawak la family holiday kat sini, seronok sangat berbaloi bayarannya dengan view yang kita dapat. Aquaria ni banyak memperkenalkan kita pada kehidupan laut dan keindahan yang mempersonakan. Selain itu, kita juga dapat rasa ketenangan yang semula jadi dari keindahan alam underwater. Ok la setakat ini je dapat saya cerita pengalaman dengan aktiviti weekend saya yang tak seberapa ni. Weekend ni dok rumah je just untuk memanjakan diri dengan katil dan novel. bye. 





Comments

Popular posts from this blog

KeNaNgAn InDaH YaNg TaK DaPaT DiMiLiKi SeMuLa

Percutian ke Singapore