Beautiful island - Redang


Pertama kali ke pulau Redang sangat suka permandangan nya dan pasir yang putih. Saya rasa sangat enjoy dengan view nya dan pantai. Saya hendak kongsi sikit pengalaman bercuti di pulau Redang bersama kawan-kawan yang best. Percutian kecil-kecilan kami sebelum sambut puasa. Kami ke sana selama 3 hari 2 malam. Kami ambil pakej Redang Lagoon berharga RM280 untuk setiap seorang. Harga termasuk dengan tiket feri, penginapan, makan dan tiket ke marine park. Chalet Redang Lagoon sangat bagus dan berpuas hati.

Nampak tak cantik kan....
Kami naik bas dari Kajang ke K.Terengganu, sampai di stesen bas kami buat urusan diri dulu, makan-makan sebelum ke jeti. Sempat lagi berjalan sambil bergambar sikit, konon-konon macam pelancong laa... =b. Tengok gambar ni,, nampak tak muka kegumberiaan tu. Masing-masing dah tak sabar.
Depan pasar payang

Perjalanan ke jeti sempat lagi kita bergambar ya. Dari jeti shahbandar kami ke pulau redang dengan ferry. Selepas check in bilik masing-masing dan makan tengahari yang pihak chalet sediakan kami terus pergi snorkeling di open sea. Mulanya macam takut je sebab dalam sangat dan gayat pun ada. Terjun je dalam air terus hilang gayatnya.. haha. Mandi manda kat situ sampai petang (lebih kurang sejam rasanya).  Lepas tu, balik di chalet sambung balik main air. kat tepi pantai pun best dan dapat tengok ikan yang cantik. Disini kongsi sikit gambar yang saya ambil dari kawan-kawan, tumpang hak orang jerr (pstt... handphone rosak ke air laut =( ..huhu).










Okay cukup la gambar ni je ya, masuk banyak-banyak nanti kome tak mau pergi lak,, hehehe. Saya simpan sikit ruang untuk korang gi sana ambik gambar dengan view yang cantik. Saya cakap betul memang best pergi sana dan tidak akan rasa rugi. Tenang.. 

Sebelum kita pulang ke bangi, ruang masa yang ada perlu di isi dengan aktiviti berfaedah. Sempat kami melancong sekitar terengganu pergi tempat-tempat popular sikit dan terima kasih pada kawan kita orang yang sudi bawak jalan-jalan. Makan tengahari di kedai sotong celup tepung warung pok nong di kg. Teliput. Pusing-pusing cari tempat buaian ala-ala Lombok gitu, jadi la untuk bergambar je. Selain tu, kita lawat kawasan Kg. cina yang terkenal dengan lorong yang ada art tu. 






  

Dannn... jangan lupa untuk melawat masjid kristal yang menjadi mercun tanda kalau ke terengganu. Melancong pun benda wajib perlu dilaksanakan jugak,, betul tak. Terima kasih kawan-kawan memang best sangat percutian ini dan sudi layan kawan kome yang tak berapa mesra alam ni, lain kali boleh pergi lagi. 


Comments

Popular posts from this blog

KeNaNgAn InDaH YaNg TaK DaPaT DiMiLiKi SeMuLa

Percutian ke Singapore