Assalamualaikum..
Kali ni saya nak share percutian kami sekeluarga ke Sabah pada February lepas. Banyak tempat menarik yang dapat kami lawati tapi saya rasa masih tidak cukup untuk melawat sekadar 4 hari je, mungkin kena plan pergi sekali lagi ke Sabah untuk tempat-tempat yang belum dilawati lagi. Apa yang boleh saya kongsi disini, Sabah adalah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati dan mempunyai pemandangan yang cantik. Saya suka pemandangan di Sabah dan pemandangan semulajadi nya masih kekal. Sangat kagum. Trip kali ni kami pergi dengan ajen En. Mahazir dan rate yang boleh saya bagi adalah 5 bintang (sangat bagus). Kalau sapa-sapa hendak ke Sabah secara solo boleh la dapatkan perkhidmatan dari BORNEO STARLAND TRAVEL & TOUR. Terima kasih juga kepada En. Feyros dan En. wan dari KOMAS SAFAR TRAVEL & TOURS yang membawa rombongan kami dari Ipoh ke Sabah.
Semua muka teruja hendak terbang ke Sabah nii...
Hari pertama kami ke Kundasang dulu dan tinggal untuk satu malam. Semasa perjalanan ke Kundasang kami sempat singgah di beberape tempat, rumah terbalik, Muzium 3D, Jambatan Tamparuli dan Dairy Farm.
 |
| Rumah Terbalik |
 |
| Museum 3D |
 |
| Jambatan Gantung Tamparuli |
 |
| Dairy Farm |
 |
| Sejuk2 ni kita panaskan badan dengan steamboat |
Hari Ke-2 pula kami ke Poring Hot Spring, canopy walk, spa fish, arnab village, Kundasang war memorial dimana tempat ini kita boleh lihat pemandangan seluruh kundasang dan Sabah tea. Semua tempat ni terletak dikat saje cuma poring hot spring dan arnab village jauh sikit. Canopy walk dan Poring Hot sparing terletak dalam satu tempat saja, sebenarnya kat situ boleh melawat banyak lagi seperti bat cave dan air terjun. Spa fish juga dikenali sebagai Tagal Luanti Sungai Moroli merupakan tempat dimana ikan akan melakukan spa pada kaki kita. 'Tagal' tu merupakan dialek perkataan Khadazan Dusun yang bermaksud 'tidak boleh memancing' tujuan nya adalah untuk kekalkan alam semulajadi demi memulihara alam. Sabah tea lebih kurang sama dengan Cameron tapi ladang teh lebih kecil dari Cameron.
 |
| Poring Hot Spring |
 |
| Canopy walk |
 |
| Tagal spa fish |
 |
| Arnab village |
Hari ke-3, kami habiskan masa di pulau untuk snorkeling lihat hidupan laut. Pada hari ke-3 kami sudah berada di Kota Kinabalu. Sebelum ke 3 pulau tu kami singgah dulu di pasar gaya street untuk shopping sikit.. hehe. Di pulau selain aktiviti snorkeling kita boleh buat diving scuba and flying fox dari pulau ke pulau. Sangat best dapat bagi ikan makan dari tangan dan dapt lihat pelbagai color ikan.
 |
| Gaya Street |
 |
| Bersedia untuk snorkeling dannnn... mandi-manda di pantai.. hehehe |
 |
| Makan malam di Kampung nelayan sambil tengok persembahan |
Hari ke-4, habiskan masa untuk bershopping time. Time untuk menghabiskan duit, tapi tak lah habis duit sangat pun sebab saya ni jenis cerewittt dalam pemilihan barang. Kami pergi shopping di Pasar filipina dan jamilah jewellery.
Makanan di Sabah yang memang kita semua tahu famous dengan seafood dan terdapat beberapa makanan yang baru yang boleh dicuba. Tapi satu je yang saya tidak capai untuk makan - seaweed sabah yang macam anggur tu.. huhu
 |
| Tengok tu, berseleranya makan.. =b |
 |
| Tuhau sabahan |
Okay sampai sini je percutian kita mungkin akan datang kita boleh melawat lagi. Rindukan Sabah yang penuh dengan pemandangan semulajadi yang masih kekal tidak terusik. Bye2
Comments