Ke Korea kita Weyy..

Sebenarnya, kembara saya ke korea ni tahun lepas... dah setahun baru nak update,, hehe. Buh dalam blog bukan sekadar berkongi experience tapi untuk elak gambar memori ni hilang.

Mula- mula saya just nak follow kawan gi ke korea sebab excited je tengok semua orang nak ke korea. Saya pun tak tahu nak plan melawat gi sana nanti, yang saya tahu nami island, nak tengok pemandangan bumi orang lain dan nak rasa tinggal dalam rumah lama orang korea (yang macam dalam tv tu ler),, hurmm tak pe lah follow je kawan mesti dia tahu banyak tempat (peminat tegar cerita korea).  

Firrst sekali, dalam pukul 8 pagi saya dah sampai airport, terkial-kial kat airport tak tahu nak buat pe dengan kawan. So, kawan saya suruh kita sewa internet  dulu (egg rasanya kalau tak silap) tapi ingat na sewa ni kena ada card credit sebagai cagaran ya... lepas itu kita orang pergi kedai yang macam 7eleven tu untuk beli T-money card rasanya harganya dalam 2,500 won... ok, lepas dah dapat kad kena la cari mesin untuk masukkan duit. Mesin ini ada dibahagian bawah. Selepas masukkan duit boleh ler guna untuk naik train untuk ke Mori guesthouse di Mapo-gu, Seoul. 

Mori guesthouse ni berdekatan dengan Gwangheunchang Station (line 6), ok kat sini saya hendak ingatkan semua ya.. anda kena ingat line ni kalau tidak anda akan sampai juga ke distinasinya tapi perjalanan akan menjadi jauh.. hehehe. Oppss lupa nak ingatkan kat airport tu masa ke bawah untuk naik train jangan lupa ambil templet line train tu berdekatan dengan kaunter train.. penting ni sebab templet tu yang terbaru jika ada perubahan. 
                                      Mori Guesthouse                                      T-Money 
Hari pertama: Kami berjalan disekitar kawasan Guesthouse. Kami pergi masa ini di korea baru masuk musim panas tapi musim panasnya tidak ler panas sangat, tetap sejuk juga. Kawasan Guesthouse ini terkenal dengan arts street/culture. Dimana, terdapat persembahan oleh penyanyi jalanan, persembahan daripada pelajar dan kawasan ini terdapat Hongik University dan ada satu temple.  Selain itu, tempat ini terdapat satu restaurant Hello Kitty. 




Hari ke-2: Kami ambil train ke Itaewon tapi pertama sekali kami cari Natonal Hangeul Museum yang menceritakan tentang asal usul atau perkembangan orthography dan kebudayaan Hangeul yang sangat bernilai. Seterusnya, kami naik train ke War Memorial of Korea yang terletak di Yongsan-gu yang mana terdapat tugu anggota tentera adik-beradik yang terpisah antara dua sempadan korea utara dan korea selatan (Statue Of Brothers). Disini, juga terdapat muzium perang di dalamnya terdapat peralatan peperangan, kapal terbang perang dan peralatan yang berkaitan dengan perang. Akhir sekali kami ke masjid di itaewon lepas penat berjalan jadi kena la tunaikan kewajiban kita sebagai manusia. Selepas solat tiba ler masa untuk menjamu selera sebelum balik ke Guesthouse. 

                                    National Hangeul Museum           Statue of Brothers

                                        War Memorial of Korea                Masjid di Itaewon

                                                         Restaurant Makan di Itaewon 

Hari Ke-3:- Hari ni kami pergi jauh sikit, kami ke Nami Island. Nami Island ini sangat jauh dan boleh habiskan masa selama satu hari untuk ke sini, Jadi, untuk tidak rugikan masa kami bergerak di awal pagi lagi ke station train. Semua orang tahu Nami Island ini terkenal dengan movie winter sonata, tempat ini menarik dengan pemandangan yang cantik dan ramai mak cik dan pak cik korea ni lepak sambil makan-makan di sini sambil nikmati pemandangan musim panas. Seterusnya, kami ke Petite France merupakan penempatan atau perkampungan orang France tapi tempat ni terkenal dalam pengambaran drama-drama korea dan running man pun pernah datang sini. Kedua-dua tempat ini terletak di Gapgeong. Pada malam baru kami sampai di seoul semula tapi kami singgah sebentar di Chenggyechon Stream untuk merehatkan kami. Tempat ini ramai orang korea berehat penat dan merendam kaki didalam sungai ni, dan stream ni terletak di tengah bandar seoul. 


Nami Island

Petite France


                             
                                                              Chenggyechon Stream

Hari ke- 4:- Kami nak naik cruise di Hangang river hari ini kawan-kawan. Besar betul sungai ni saya tengok dah macam laut rasanya. Kita orang gi beli tiket dulu sebab kalau lamabt tiket cepat habis. Kami plan malam nanti nak tengok Banpo Moolight Rainbow Bridge. Jamabatan yang keluarkan lampu yang macam pelangi tu. Okay, lepas gi beli tiket kami ke Namsan tower dan Hanok Village. Di Namsan tower kami bergambar sikit dan berehat sambil tengok orang. Kat sini kita boleh tengok pemandangan bandar seoul selain dapat tengok Namsan Tower dan pack-log cinta (wahhh.. aku pun tak tahu, betul la kot). Setrusnya, bergerak ke Hanok Village dan tambah sesat sikit dengan memanjat jalan bukit di lorong rumah orang, jadi ler macam cerita korea tu.. hehe. Petang tu kita orang ke Hangang river untuk melihat persekitaran river diatas cruise dan kebetulan tiket petang yang kita orang ambil tu memang time pertunjukkan air pancut pelangi di jambatan tu. Wah.. memang best. Di Hangan park ni ramai orang korea lepak dan sambil berkelah makan bakar-bakar bersama kawan diaorang, hari tu malam minggu. 


                                             Namsan Tower                                              Hanok Village

                                             Hangan River dan Moonlight Rainbow Bridge

Hari ke-5:- Hari ni  kami habis masa di rumah saje setelah semalam penat pergi merantau dengan cruise dan naik Namsan Tower. Malam je kami keluar cari makan dan lepak-lepak sikit.

Hari ke-6:- Ke Myeongdong pepagi lagi untuk makan Tteokbokki halal. Lepas makan berjalan sekitar Myeongdong untuk hilangkan kenyang terjumpa la Design Lab. Sebenarnya kami tak tahu yang kami dah sampai ke Dongdaemun kerana Design Lab ni terletak disana. Design Lab sebagai tempat R&D untuk meningkatkan produk kreatif korea dan antarabangsa. Lepas tu, kami ke Dongdaemun market untuk cuci mata sebelum shopping dan seterusnya kami berjalan ke sebuah Istana lama. Istana lama di korea banyak dalam tulisan cina kerana pada masa itu korea tidak ada tulisannya sendiri lagi. Terakhir sekali kami ke Village tapi tak ler macam village sangat.


                                       Tteokbokki                                         Design Lab

Istana di Seoul (tak ingat namanya)

                                                              Village street

Hari Ke-7:-  Hari ni kami hanya berjalan  untuk membeli-belah buah tangan untuk kawan-kawan dan keluarga. Beli benda kecil-kecil pun jadi la sebagai tanda ingatkan pada kawan kan. Kita pergi cuci mata di Dongdaemun dan Myeongdong market. Saya rasa dua tempat ni dekat je lebih kurang bandar Setiawan dengan Manjung. Kami pergi juga ke Lotte Duty Free untuk membeli sedikit susu yang berperisa terkenal di Korea. Paling best berjalan di Myeongdong Night Market, pelbagai makanan yang best. Night market ni kita orang just beli strawberry untuk lepak petang di Namsan Park sambil minum susu. 

                                               Shopping time               Tangga ke Namsan Park


             Gerai jual kuih ikan (kwong soo makan dalam running man) dan strawberry          

Gerai air delima segar dan pisang dengan nutella

Gerai jual produk sotong dan gula bakar (dalam drama couple or trouble) 

Gerai jus oren segar dan tart telur

Hari ke-8:- Kami hanya berjalan disekitar kawasan guesthouse (Hongdae &Mapo) dan sambil tengok apa yang masa tidak ada untuk dibawa balik ke Malaysia. Saya ingat-ingat lupa dah sebenarnya, rasa nya kami ke Myeongdong sekali lagi berjalan sambil tambah barang yang masih belum beli lagi. 

Hari ke-9:- Hari balik ni tapi flight kita orang petang, jadi kami berjalan melawat temple berdekatan dengan guesthouse dan ambil gambar sikit. Check out dan ambil train ke airport. Lepak sana sampai ler masa untuk kembali ke Malaysia. Bye-bye Korea and maybe see you again. 

Fuhh... lama betul nak update artikal ni, bila datang angin malas dan sibuk. Okay kawan2 dan thanks sudi membaca. 



Comments

Popular posts from this blog

KeNaNgAn InDaH YaNg TaK DaPaT DiMiLiKi SeMuLa

Percutian ke Singapore