PENYAKIT HIPERTIROID
Hi, sapa tahu mengenai hipertiroid? semua orang tahukan, penyakit ini akan menyebabkan bengkak pada leher. Hipertiroid merupakan penyakit yang terjadi kerana kelebihan produksi pada kelenjar tiroid tersebut. Penderita penyakit hipertiroid mengalami pembesaran sekitar dua sampai tiga kali dari ukuran biasanya.
Gejala Hipertiroid
- Sering merasa gelisah atau agitasi.
- Emosi yang kurang stabil.
- Mengalami susah tidur atau insomnia
- Jantung yang sering berdebar cepat tidak seperti biasanya.
- Merasa gugup dan lebih cepat lelah.
- Keguguran rambut.
- Sering mengeluarkan keringat.
- Berat badan turun meskipun Anda makan dengan porsi yang tetap bahkan lebih banyak.
- Buang air besar lebih banyak atau diare.
- Bola mata menonjol seperti mata membengkak ataupun kelopak mata turun.
- Pada wanita, haid tidak teratur.
- Tangan akan mengeletar.
Mengatasi Hipertiroid
Jika Anda memiliki gejala-gejala tersebut, berjumpa dengan doktor dengan segera. Ada beberapa pilihan rawatan yang biasanya diberikan untuk penderita hipertiroid iaitu, ubat antitiroid, yodium radioaktif dan pembedahan. Yodium radioaktif dan ubat antitiroid adalah yang paling sering digunakan. Berape lama anda perlu makan ubat ini bergantung pada arahan doktor selalunya memakan masa yang lama. Jika penyakit ini sembuh sepenuhnya, tapi peluang untuk menghidapi semula adalah 50%. Disebabkan ini biar pun sudah sembuh anda mungkin akan disuruh untuk membuat lebih kerap pemeriksaan kesihatan.
Comments