~~It's Girl Time~~
Hai,, Kawan2 dah lame tak update blog ni, bila nak update je ada halangan nya, internet slow la ... kerja banyak lak. Hari ni saya nak kongsi aktiviti weekend lepas yang boleh dikatakan 'girl time' for 5 young lady bershopping sakan. Korang tahu la kalau dah 'It's girls time' macam2 aktiviti kita orang dah merancang antaranya bershopping, cinema and jalan2 cari makan sambil bergosip bagai. Aktiviti yang paling menyeronokan kita orang buat dan banyak peristiwa yang melucukan,, hehehe... Kadang2 perempuan perlukan 'girl time' ni untuk bagi masa untuk memanjakan diri dan award selepas berpenat lelah dengan kerja sepanjang minggu. Kata2 ni just pandangan saya, kalau ada yang tak setuju minta maaf ya.
Uollss~~ nak tahu semangatnya kami nak g berjimba ni lepas subuh dah bersiap dan pkul 8.30 dah kat parking untuk bershopping di jalan TAR. Sebelum sampai jalan TAR perlu ada perhentian dulu kat butik Ariani untuk menjamu mata n mane tahu kot2 terkena pancing lak kan tapi memang terkena pun,, hehehe... dah berape ringgit menabung kat Ariani. Fuhhh.. nasib baik satu perhentian kalau 7 perhentian dah berapa duit melayang ni. Ok,, jom gerak ke jalan TAR lak,, kat sini kita orang raound2 je sebab banyak yang tak berkenan di hati lagupun hari tu panas sangat, pedih kulit2 nak berjalan banyak tempat, so last sekali kita orang menjamu selera n membasah tekak kat gerai laksa pasar Jalan TAR. Nak buat macam mane cuaca panas so kita orang tak ada semangat nak cari barang lagi kat sini.hhuhuhu..
Kita bergerak ke destinasi baru n aktiviti lain lak,,, ok kita ke Alamanda untuk bersantai di dalam surau,, hehehe, ok la bersantai gak ler tu. Aktiviti seterusnya menonton wayang n tiket dah beli dan,, ok done. Bersantai sambil tunggu masa 'cinema time'. Setelah menonton dengan hati penuh debaran (nak buat macam mana tengok movie action) selama 1jam lebih (dekat 2 jam la) dan sangat berpuas hati dengan movie 2,,, memang best giler la. Cuba korang teka apa aktiviti kita orang seterusnya???jeng2 jangan terkejut ya,, kita orang sambung shopping lagi tapi kali ni shopping barang makanan lak la bukan kperluan kecantikan ya... hehehe. Lepas tu kita orang just bersantai dan makan2 dalam hujan di restoran di tepi tasik Putrajaya.. Biar pun berhujan makan tetap makan sebab badab dah penat seharian berjalan2. Ni la aktiviti terakhir untuk hari tu dan lepas makan kita orang balik ke bilik masing2 untuk rehatkan diri sambil menonton transformers 2. Ok dah selesai dah girl time untuk kali ni.. =)
Korang keluarla hari2 weekend bersama kawan2 ke famly ke,, best tahu buat aktiviti gini setelah penat bekerja tapi jangan ler salalu keluar lak nanti banyak ler duit keluar. Korang just luangkan masa macam ni dalam 1 bulan sekali ke dan anggap la ni 1 award untuk diri kita setelah sibuk sepanjang waktu kan... Ok la nanti kita sembang lagi ya.


Comments