Controlling your cash

Wah2 macam hebat je kan tajuk ni,,, hehehe. Saya just nak berkongsi sedikit informasi mengenai cara untuk kita mengawal duit kita. Sebenarnya, saya dah lama tak menulis diblog saya ni sebabkan sibuk sikit dan terdapat pelbagai masalah. Saya pilih tajuk ni setelah habis membaca buku mengenai "shopaholic" dan terdapat beberapa info yang menarik aku untuk berkongsi dengan kawan2.
Setiap orang mempunyai masalah kewangan dengan keadaan ekonomi yang tak stabil ni. Biar pun gaji dah besar dan dapat bonus tapi kita still rasa tak cukup disebabkan harga barangan yang tinggi. Contoh la, emak saya keluar shopping barangan dapur, barangan sedikit je tapi bila bayar hampir RM300. MEMANG sangat mengejutkan. So, how we can control money today? Terdapat dua cara yang boleh kita ambil iaitu "cut back" or "make more money". Bukan semua orang dapat membuat kawalan dalam pembelian ini. Kalau kita buat pilihan "cut back our cash", kita perlu membuat list senarai barangan kita beli dalam buku nota supaya kita boleh nampak berapa banyak yang kita habiskan duit untuk hari itu. Dengan ini, kita dapat membuat bajet dan pengurangan dalam pembelian semasa bershopping. Selain itu, kita boleh la kurangkan makan diluar atau ada sesetengah orang yang mempunyai habit makan diluar perlu lah kurangkan kerana ini boleh meningkatkan perbelanjaan kita tanpa kita sedari. Untuk menghadapi masalah ini kita boleh la kita mambawa bekalan ke tempat kerja tapi kita kena la korban kan sikit waktu tidur pagi untuk siapkan bekal makanan. Kita boleh ambik contoh orang jepun yang suka membawa bekal ke tempat kerja. Kan seronok tengok budaya yang macam tu. Bagus gak idea ni kan tapi susah untuk membuatnya sebab setiap orang zaman sekarang terlalu sibuk. Tetapi kita boleh mencuba selagi ada daya dan usaha kan.
Satu lagi adalah "make more money" dimana kita boleh la membuat sedikit kerja part time or berniaga kecil-kecilan maybe secar online kan. Ramai orang yang menggunakan cara ini untuk membuat lebih banyak duit tambahan. Terdapat yang membuka butik kecantikan dan ada yang membuat jualan menggunakan online seperti tudung, baju, kerongsang dan membuat tempahan kek. Dengan menggunakan cara ini seseorang itu perlu berani menghadapi risiko kerana dalam perniagaan terdapat jatuh bangunnya.
So, macam mane korang? menarikan topik ni sebab setiap orang di dunia ni mempunyai masalah yang sama. Jom lah kita sama-sama berfikir apa yang perlu kita buat untuk menghadapi masalah ini. Bagi saya, say lebih berminat pada idea kedua sebab saya lebih suka cabaran dan perniagaan. Hehehe... ok lah setakat ni je lah dulu ya kawan2, nanti ada lagi info yang best2 saya kongsi lagi...

.jpg)
Comments